Friday 27 May 2011

MAJLIS PERSARAAN PN.ZURIAH GHAZALI ( PK.PENTADBIRAN)

 Pemberian cenderahati dari pihak Prasekolah
 Cenderahati dari Sekolah
 Ucapan dari Pn.Zuriah
 Ucapan Dari Guru Besar, En.Abd Mutalib
 Ucapan YDP PIBG , En.Sulaiman Mohktar
Ucapan wakil PPD, En.Azni Bin Daud

Jumaat, 27 Mei 2011-Satu majlis telah diadakan bersempena persaraan Pn.Zuriah Ghazali.Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan seterusnya ucapan dari Guru Besar SK Dato' sagor,Ucapan YDP PIBG En.Sulaiman Mokhtar,Ucapan dari wakil PPD En.Azmi Daud dan seterusnya yang diraikan Pn.Zuriah Ghazali.Pihak Prasekolah akan sentiasa merindui Pn.Zuriah..Terima kasih atas segala yang disumbangkan.JASAMU DIKENANG....

Thursday 26 May 2011

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.Diantaranya ialah;Prasekolah...Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur ( +4 & 5+),kepada 87% menjelang 2012 serta meningkatkan kualiti pendidikan Prasekolah dengan menjadikan Prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.

1. Sub-NKRA Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:
1.       Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2.       Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
3.       Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
4.       Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
5.       Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman
6.       Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
7.       Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan