Friday 6 September 2013

Action Song by Prasekolah Sk. Dato Sagor

JOHAN KARNIVAL BIJAK PRASEKOLAH 2013

Pasukan Action Song Prasekolah SK Dato' Sagor telah menjuarai kategori tersebut sekaligus akan mewakili pasukan Perak Tengah ke peringkat Negeri.Sementara itu, Nyanyian Solo, telah mendapat tempat ke 2.Tahniah diucapkan..

Monday 20 February 2012

LAWATAN PENANDA ARAS KE SKDS..







SKDS,21 FEB-Pagi tadi SKDS telah dilawati oleh sekumpulan pelajar dari IPG Kampus Tuanku Bainun,Bukit Mertajam,Pulau Pinang.Sejak awal pagi tadi mereka telah mendengar taklimat dari pentadbir sekolah dan seterusnya melawat keseluruhan kawasan sekolah,termasuklah Prasekolah.Kami mengucapkan terima kasih atas kesudian melawat ke Prasekolah ke Prasekolah kami.Terima kasih,semoga mendapat sedikit sebnyak ilmu dari kami di SKDS...

Saturday 18 February 2012

PERTUKARAN NAMA KELAS PRASEKOLAH 2012


Bermula 1.1.2012, kelas Prasekolah SKDS telah ditukar nama secara rasminya.Prasekolah Si Comel kepada PRA INTELLECT, Pra Si Manja kepada PRA INTELLIGENCE dan Pra Si Cerdik kepada PRA GENIUS.Harap maklum

Monday 25 July 2011

SELAMAT DATANG EN.NORAINI SAMAD....

Selamat datang kami warga SKDS ucapkan kepada En.Noraini Samad atas tanggungjawab baru yang digalas bagi menggantikan mantan PK1 Pn.Zuriah Ghazali.Beliau telah melapor diri hari ini selaku PK1 yang baru.semoga dapat menjalankan tugas dengan baik.kami berharap En.Noraini akan bersama-sama kami mengorak langkah memajukan SKDS...InsyaAllah....

Friday 27 May 2011

MAJLIS PERSARAAN PN.ZURIAH GHAZALI ( PK.PENTADBIRAN)

 Pemberian cenderahati dari pihak Prasekolah
 Cenderahati dari Sekolah
 Ucapan dari Pn.Zuriah
 Ucapan Dari Guru Besar, En.Abd Mutalib
 Ucapan YDP PIBG , En.Sulaiman Mohktar
Ucapan wakil PPD, En.Azni Bin Daud

Jumaat, 27 Mei 2011-Satu majlis telah diadakan bersempena persaraan Pn.Zuriah Ghazali.Majlis dimulakan dengan bacaan Yasin dan seterusnya ucapan dari Guru Besar SK Dato' sagor,Ucapan YDP PIBG En.Sulaiman Mokhtar,Ucapan dari wakil PPD En.Azmi Daud dan seterusnya yang diraikan Pn.Zuriah Ghazali.Pihak Prasekolah akan sentiasa merindui Pn.Zuriah..Terima kasih atas segala yang disumbangkan.JASAMU DIKENANG....

Thursday 26 May 2011

BIDANG KEBERHASILAN UTAMA NEGARA (NKRA) PENDIDIKAN

Dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) Pendidikan, kerajaan akan member tumpuan kepada 4 sub-NKRA untuk meluaskan akses kepada pendidikan berkualiti dan berkemampuan.Diantaranya ialah;Prasekolah...Meningkatkan kadar penyertaan kanak-kanak berumur ( +4 & 5+),kepada 87% menjelang 2012 serta meningkatkan kualiti pendidikan Prasekolah dengan menjadikan Prasekolah swasta dan agensi-agensi lain sebagai sebahagian daripada sistem pendidikan kebangsaan.

1. Sub-NKRA Prasekolah
7 teras untuk meluaskan akses kepada pendidikan prasekolah yang berkualiti dan berkemampuan:
1.       Penubuhan Jawatankuasa Penyelarasan Prasokolah Kebangsaan dan Bahagian Prasekolah dan PERMATA Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM)
2.       Perlaksanaan Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (KSPK)
3.       Menyeragamkan bantuan kepada murid prasekolah kerajaan
4.       Meningkatkan kualiti guru dan pembantu guru
5.       Menambah bilangan kelas prasekolah di kawasan miskin Bandar, luar Bandar dan pedalaman
6.       Meningkatkan Perkongsian Pintar Kerajaan-Swasta dalam pendidikan Prasekolah.
7.       Mewujudkan Sistem Maklumat Prasekolah Kebangsaan